Jakarta - Universiti Sains Malaysia (USM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Jabatan Perdana Menteri melakukan kerjasama untuk meningkatkan penelitian perhajian agar pengurusan haji dapat dijalankan lebih sistematik.
Wakil Rektor USM, Prof. Datuk Dzulkifli Abdul Razak mengatakan bahwa pihaknya akan mendata secara langsung dengan melibatkan Jawhar untuk mengkaji masalah yang terkait dengan jemaah haji dan cara mengatasinya.
”Kerjasama ini adalah usaha membangunkan khazanah umat supaya tanggungjawab fardu kifayah dapat dilaksanakan, sekaligus membantu ekonomi dan modal insan umat Islam,” katanya seusai menandatangani Memorandum Kesefahaman (MoU) antara USM dan Jawhar bagi Program Memberdayaan Umat Melalui Kecemerlangan Zakat, Wakat, Mal, dan Haji, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Pengarah Jawhar, Dr. Sohaimi Mohd Salleh.
Menurut Dzulkifli, sejak dua tahun lalu USM bergiat serius dalam penyelidikan haji dan sudah bekerjasama dengan Universiti Ummu Al Qura di Mekah. Langkah awal USM ialah menghantar para ahli sebanyak 26 orang untuk membuat penelitian di Mekah. Hingga kini tinggal 4 orang yang melanjutkan penelitian.
Tim peneliti itu menjalankan penelitian berkaitan kesehatan jemaah, sistem penghematan tenaga, keperluan pendidikan dan latihan. “Jawhar tertarik dengan usaha USM dalam mengadakan pelbagai penyelidikan, terutama berkaitan pengurusan jemaah haji seperti isu dan masalah mobilasi bersepadu dan pintar, pengurusan sisa pepejal selepas musim haji dan pembabitan jemaah wanita. Justeru, kerjasama ini dilakukan,” katanya, seperti dikutip Berita Harian edisi Rabo, 9 Januari hari ini.(depag/mch/MH)


